Order 0

TABUNG – PENDIDIKAN, HADIAH TERBAIK BUAT SI KECIL

Pelan Pendidikan Perancangan Pendidikan Tabung Pendidikan

Kita semua ingin memberi yang terbaik kepada si kecil kesayangan kita. Ini termasuk memberi pendidikan yang terbaik untuk mereka memulakan kehidupan dalam dunia yang penuh persaingan.

Anda perlu bersedia untuk menanggung kos pendidikan tinggi yang kian meningkat. Mulalah menabung pada usia muda, bahkan sebelum anak-anak anda mengorak langkah mereka untuk menimba ilmu.

Beberapa langkah ini, dapat membantu sebagai persediaan untuk masa depan si kecil anda,:

 

  1. Kenal pasti Kos Pendidikan di Masa Depan

Faktor-faktor yang anda perlu ketahui untuk mengira kos pendidikan masa depan si kecil.

  • Tempoh menabung sebelum si kecil melanjutkan pelajaran di universiti.
  • Pilihan universiti tempatan atau luar negara.
  • Kursus dan jangka masa yang anak anda akan pelajari.

Ambil kira juga kesan inflasi pada perbelanjaan masa akan datang. Dengan kadar inflasi ialah 4 peratus, kos kursus 4 tahun di Amerika yang pada masa ini adalah RM500,000 akan meningkat kepada RM900,000 selepas 15 tahun.

 

2. Ketahui Berapa Amaun Yang Anda Perlu Menabung

Cth: anak anda berumur 5 tahun, anda mempunyai kira-kira 14 tahun untuk menyediakan satu dana pendidikan sebelum dia memasuki universiti pada umur 19 tahun.

Wang daripada simpanan akaun II KWSP anda boleh di keluarkan melalui Skim Pengeluaran Pendidikan KWSP, walau bagaimanapun pengeluaran ini akan mengurangkan tabung persaraan anda. 

 

3. Mulakan Hari Ini 

Mulakan seawal mungkin bagi membolehkan kadar pulangan berganda untuk mencapai jumlah yang diperlukan dengan cepat, dan kadar caruman yang minimal.

Anda perlu membuat kiraan keperluan perancangan pendidikan untuk mendapat amaun yang anda perlu menabung. Dengan cara ini anda akan dapat:

  • Menentukan keperluan pendidikan anak anda.
  • Menentukan amaun simpanan yang diperlukan.

 

   

 

Jika masih ada sebarang pertanyaan atau bagi mendapatkan Konsultasi Percuma:  

:014-964 0686

:cikgubee.mw@gmail.com

 

 

Source : Education Planning Resources



Newer Post


Leave a comment

Please note, comments must be approved before they are published

Sale

Unavailable

Sold Out