Order 0

BELI INSURANS MELALUI TELEFON (TELEMARKETING)

Kad Perubatan Membuat Claim Pelan Perubatan dan Kesihatan Takaful Perubatan

Minggu lepas, saya berjumpa seorang prospek yang pernah ‘menjual’ insurans melalui telefon. 

Bila kita beritahu beberapa perkara mengenai apa yang kita tahu, ya Allah punyalah berlagak! Macam tahu semua! Tapi saya sukakan cabaran. 

Apa yang beliau mahu tegakkan mengenai insurans melalui telefon adalah:

  • Sangatlah murah.
  • Tak perlu nak jumpa.
  • Meliputi kesemua perlindungan yang dimahukan.

Saya bersetuju dengan apa yang beliau perkatakan semua. Tapi mari kita lihat perspektif lain.

Ianya murah dan mempunyai perlindungan yang sangat tinggi. Kenapa? Sebab ianya melibatkan PA (personal accident) sahaja. Insurans untuk kemalangan memanglah murah. Perlindungan RM50,000 kadangkala boleh jadi RM4. Melalui telemarketing pula, anda boleh dengar mereka akan tawarkan sehingga RM1 Juta dengan harga RM60/sebulan.

Ingat! Anda kena kemalangan dan mati sahaja!

Poin kedua, saya ulaskan bahagian bawah ini.

Poin seterusnya, beliau kata meliputi kesemua yang dia mahukan. Mudah sahaja. Saya minta polisi yang beliau pernah ada beli melalui telemarketing, dan tunjukkan polisi tersebut. Apa sebenarnya yang ada?

Akhirnya, beliau mengaku tak kesemua. Ada sesetengah polisi telemarketing menawarkan perlindungan kos hospital tapi bersyarat; ianya perlulah disebabkan kemalangan dan bayar dahulu baru boleh dituntut!

Poin terakhir, mudah tak perlu berjumpa dengan orang. 

Ya, anda tak perlu berjumpa dengan sesiapa. Apa yang anda perlu adalah katakan MAHU dan beri maklumat kad debit atau kredit anda. Selesai!

Tapi…

Bila urusan tuntutan, anda kena berurusan secara sendiri. Segalanya anda kena lakukan sendiri dari awal sampai habis.
***Saya bukan mengecam polisi telemarketing. Tapi fahami dulu apa perbezaannya, dan jangan berlagak pandai.

 

Source : Adib Yazid



Older Post Newer Post


Leave a comment

Please note, comments must be approved before they are published

Sale

Unavailable

Sold Out