Order 0

Tips Mudah dan Pantas — Kad Perubatan

KAD PERUBATAN – PANDUAN MEMILIH YANG TERBAIK!!!

Kad Perubatan Membuat Claim Pelan Perubatan dan Kesihatan

KAD PERUBATAN – PANDUAN MEMILIH YANG TERBAIK!!!

  Ramai mungkin tertanya-tanya, ada berapa jenis Kad Perubatan? Di M'sia secara amnya ada Dua jenis Kad Perubatan : Kad Perubatan Stand Alone. Kad Perubatan Rider (sebagai rider). Jadi, apa beza kedua-duanya? Kad Perubatan Stand Alone Ciri Utama: Produk kad perubatan tanpa perlu diambil bersama produk lain (hanya mempunyai faedah kemasukan hospital sahaja, tiada elaun, tiada pampasan sakit kritikal atau kematian). Kelebihan: Harganya lebih rendah berbanding kad perubatan rider (kerana tidak perlu diambil bersama pelan asas). Kekurangan: Tiada nilai tunai (cash value) disebabkan harganya yang rendah, harga meningkat dengan jarak umur 5 tahun dan jika terlepas bayaran sumbangan / premium, ia...

Read more →


KAD MEDIKAL / PERUBATAN : KLAUSA NON-CANCELLABLE CLAUSE (NCC) PORTFOLIO WITHDRAWAL CLAUSE (PWC)

Kad Perubatan Membuat Claim Pelan Perubatan dan Kesihatan

Adakah fitrah manusia suka membuat perbandingan? Bila anda pergi beraya di rumah, anda membanding-bandingkan rasa kuih ini di rumah ini dan rumah sebelumnya. Bila anda tengok wayang pula, anda bandingkan cerita ini dengan cerita yang pernah popular. Bila ada artis baru, anda membandingkan pula bakat beliau dengan artis senior. Begitu juga dalam insuran / takaful. Awal pembabitan saya dalam dunia insuran / takaful, saya kerapkali diminta supaya membuat perbandingan syarikat ABC dan XYZ. Naif, saya kata saya tak buat perbandingan! Saya pernah menyenaraikan dan bertanya kepada pemilik polisi dari syarikat berbeza – cuma perasaan ingin tahu, apakah perbezaan syarikat-syarikat pengendali...

Read more →


INSURANS DAN TAKAFUL FAMILI : ADA KE PAKEJ TU?

Kad Perubatan Membuat Claim Pelan Perubatan dan Kesihatan

Kesedaran mengenai Insurans dan Takaful, di kalangan keluarga alhamdulilah sedikit sebanyak sedar bahawa ini adalah instrumen kewangan yang penting. Pasaran hari ini, kebanyakan kompeni ini menawarkan pelan persendirian. Ya, masih lagi lagi dalam bentuk kelompok, tapi secara jujurnya saya sendiri sebagai ejen insurans tak sanggup nak beri – terlalu sedikit faedah untuk pihak klien. Ya, memang murah. Diakui. Satu pelan untuk seorang ayah, seorang ibu dan tiga orang anak boleh dapat serendah RM400! Wow! Satu polisi untuk satu keluarga, menarik, bukan? Saya lebih gemar menggunakan cerita tentang kereta. Rata-rata hari ini satu keluarga yang besar, bukan hanya terdapat satu kereta...

Read more →


LIMA SEBAB UTAMA KENAPA TAK BOLEH ‘CLAIM’ INSURANS / TAKAFUL

Kad Perubatan Membuat Claim Pelan Perubatan dan Kesihatan

Saya tanya anda, adakah anda salah seorang yang salah tanggapan pada insurans / takaful? Mungkin ini sesuai untuk anda baca. Saya pada awal karier selalu dengar ayat begini: ‘Insurans / Takaful penipu!’ ‘Janji macam-macam semua cover, tapi tak cover!’ ‘Semua manis masa jual, tapi masa claim – tak boleh!’ ‘Bila aku nak claim je, ejen aku hilang!’ Dan macam-macam lagi. Ada LIMA sebab utama kenapa ‘claim’ insurans / takaful tak boleh. #1. Policy / Certificate Lapsed Anda sebagai pelanggan terlupa bayar? Pernah semak akaun bayaran? Polisi atau sijil anda perlu dalam keadaaan berkuatkuasa (inforce) untuk membolehkan anda membuat tuntutan. Ini...

Read more →


CARA-CARA MENDAPATKAN LAPORAN PERUBATAN (MEDICAL REPORT)

Kad Perubatan Membuat Claim Pelan Perubatan dan Kesihatan Takaful Perubatan

Sebagai seorang ejen, antara perkara yang saya kerap buat (walaupun bukan kerja saya sebenarnya) adalah mendapatkan laporan perubatan untuk pelanggan-pelanggan saya. Pesakit, keluarga atau ejen yang dilantik (lantikan menggunakan surat kebenaran atau consent letter) boleh meminta laporan perubatan daripada pihak hospital untuk tujuan tuntutan insurans / takaful, rebat, pengesahan ketidakupayaan, pihak SOCSO atau mendapatkan pandangan kedua bagi mendapatkan rawatan di tempat lain. Ini hanya pandangan peribadi saya, dan pengalaman saya. Lebih baik rujuk kepada pihak hospital, penerangan lebih lanjut bagaimana hendak dapatkan laporan perubatan yang betul. Sebelum itu, anda kena faham jenis-jenis borang yang ada terlebih dahulu iaitu: Borang tuntutan insurans...

Read more →

Sale

Unavailable

Sold Out