Order 0

 

"Mesej RM1 Juta Yang Menghilangkan Sakit Kepala | Part: 2

      by Mira | Feb 2017 | Rabi al-Akhir 1437

Classic Time

 

Soalan ini bertubi-tubi ditanya kawan Mira. Contoh, kalau ada orang buat hutang. Dalam kes ini, Suami yang buat Isteri yang kena? 

Kawan Mira ni begitu terkejut bila dia diberitahu perkara ini. 

“Mira, saya nak tanya sikit lah… Kenapa orang bagitahu saya, Isteri kena tahu kalau Suami ada hutang?


Ada apa-apa masalah yang boleh berlaku ke?”

...dia bertanya kepada saya.

“Oh, apa yang membuatkan kau tanya soalan ni? Betul apa yang kau cakap tu.
Cuba kau kira, biasaya kalau orang ambil hutang, berapa lama tempoh bayaran balik hutang tu?"

 

“Hmmm. Setahu saya paling minima 5 tahun kalau pinjaman peribadi. Kalau pinjaman kereta tu lama la sikit. Kenapa ya? Apa kaitannya?"

...dia tanyakan kepada saya lagi.

A Million Dollar Message


“Cuba kau lihat kawan-kawan disekeliling kau. Ada tak yang tiba-tiba terpaksa berpindah randah, kereta kena jual.


Dulu hidup senang, sekarang tiba-tiba nampak macam tersepit. Anak-anak tidak terurus, sekolahnya entah kemana......." 


Berkerut muka kawan saya tu bila saya tanyakan kepada dia soalan ni. Rupa-rupanya 3 tahun kebelakangan ini, ada 2 rakan karib dia yang dulu senang, tapi sekarang berada dalam keadaan susah, tidak seperti dahulu.

 

"Kebetulan bila kau sebut, ada.... Kawan aku. Anak dua, dulu hidup tak kaya, tapi selesa. Sekarang ni berada dalam keadaan tersepit sedikit.


Biasalah keperluan kehidupan, waktu  baru berkahwin, banyak keperluan yang kena beli.

 

Masuk rumah baru, kena beli perabot, anak dah dua, kereta baru, kebetulan pula dia ada buat pinjaman peribadi juga.


Katanya untuk buat modal meniaga kecil-kecilan dengan renovate rumah. Cuma lepas tu dia hmm.... teruji........"

...suaranya tiba-tiba perlahan, muka dia kelihatan sayu, matanya memandang ke bawah.

 

"'Something' berlaku dekat laki dia, aku pun tak pasti macamana. Biasalah zaman sekarang ni alam pekerjaan makin rancak, kerja pun sekarang sangat 'hectic' dan 'stress'. Tambah dengan cara pemakanan kita lagi. Laki dia dah tak boleh kerja macam dulu."

 

Allahu. Giliran saya pula terdiam. Patut la dia beria-ia bertanya pasal hutang ni. Sekarang ni, kawan dia, seorang Isteri terpaksa menanggung beban komitmen, yang sebelum ni ditanggung bersama Suami Isteri.

 

A Million Dollar Message 

 

Saya sendiri pernah menghadapi kes macam ini. Kawan saya, baru habis bersukan, sesak nafas, tahu-tahu dah tiada.

Bertungkus lumus kami kawan-kawan; meminta kepada sesiapa saja yang dapat menghulurkan bantuan kepada isteri dia untuk sementara waktu.

 

Siapa sangka, usia baru menjangkau 30'an teruji dengan keadaan macam ini.

 

Memang kes begini sekarang kerap berlaku. Tapi siapa sangka ia akan berlaku dekat orang yang dekat dengan kita. Selalu kita lihat benda macamni jadi dekat orang lain je.

 

"Takpa wak, perkara macamni siapa yang boleh sangka. Kita boleh tolong sekadar yang mampu. Kita doakan keadaan dia bertambah baik kelak"

Saya cuba menenangkan kawan saya tu.

 

"Itulah, saya cuma terpikir keadaan sendiri. Apa yang dah berlaku tu, kita tak boleh nak ubah dah. Untuk saya sendiri ni, apa benda yang patut saya buat untuk elakkan keadaan macam tu berlaku?



Kita tak boleh jangkakan masa depan betul tak? Hutang saya rasa semua orang ada, tapi macamana nak elakkan pasangan kita terbeban bila diuji dengan keadaan macamni?"

Dia bertanya kepada saya dengan bersungguh-sungguh. Renungnya tajam dengan riak wajah begitu serius.

 

Serba salah saya. Dah tersalah cakap ke saya, semakin risau pula dia. Apa patut saya cakap untuk tenangkan dia...?

 

Di saat itu, Mira teringat mesej 1Juta cikgu.

 

Apa Patut Saya Katakan? >>

 

 

 

 

 

 

Sale

Unavailable

Sold Out